Saturday, March 9, 2013

Info PTPTN & Bayaran Balik PTPTN 2013


PTPTN ataupun Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional adalah salah satu penaja pinjaman yang cukup sinonim dalam nenawarkan pinjaman kepada kebanyakan penuntut universiti mahupun kolej yang memilih untuk meggunakan kaedah pinjaman dalam pembiayaan pendidikan masing-masing. PTPTN yang mula beroperasi pada 1 November 1997 ini telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional 1997 (Akta 566) yang bekuatkuasa pada  1 Julai 1997. Ianya bertujuan untuk:
1) Menguruskan pembiayaan untuk tujuan pendidikan tinggi dan memungut bayaran balik pinjaman.

2) Menyediakan skim simpanan dan mengurus deposit untuk tujuan pendidikan tinggi.
3) Melaksanakan fungsi lain yang diberikan kepada  PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis.
Bermula pada 1 Mac 2007, pelajar-pelajar yang ditawarkan bukan sahaja terdiri daripada pelajar dari pengajian sepenuh masa tetapi juga layak kepada pelajar yang mengikuti pengajian secara jarak jauh dan separuh masa di mana-mana IPTA bagi penuntut Diploma, Ijazah Pertama, Sarjana, Doktor Falsafah dan Kursus Profesional.. Pemberian jumlah pembiayaan pula adalah berbeza mengikut jenis institusi (IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej Komuniti, etc) untuk setiap peringkat pengajian dan jurusan pengajian serta mengikut pendapatan (gaji bersih) ibu bapa / penjaga setiap pelajar.

Bermula 1 Januari 2012 pula, tawaran pertukaran pinjaman sedia ada (3% atau 5%) kepada pembiayaan Ujrah 1% layak diterima oleh peminjam-peminjam yang masih mempunyai baki pinjaman semasa pada tarikh permohonan dibuat kecuali bagi peminjam yang telah dikenakan tindakan saman ataupun baki pinjaman semasa kurang daripada RM1,000. Kaedah baru dengan pengenaan Ujrah sebanyak 1% setahun atas kadar rata (flate rate) adalah menggantikan kaedah pinjaman terdahulu dengan pengenaan kos pentadbiran 3% dan 5% setahun atas baki berkurangan (reducing balance).

Menerusi Bajet 2013 iaitu pembentangan mengenai insentif diskaun 20% dan 10% ke atas bayaran balik pembiayaan PTPTN, terdapat dua insentif yang ditawarkan kepada peminjam PTPTN sebagai inisiatif mengurangkan kos pembelajaran mereka di samping menggalakkan peminjam-peminjam PTPTN ini menjelaskan hutang mereka, iaitu:
1)  insentif diskaun 20% kepada peminjam yang menyelesaikan hutang sekali gus dalam tempoh setahun bermula 1 Oktober 2012 sehingga 30 September 2013 ke atas baki hutang semasa.
2)  insentif diskaun 10% kepada peminjam yang membuat baki ansuran bayaran balik secara konsisten selama 12 bulan berturut-turut mengikut jadual mulai 1 Oktober 2012.

*********************************************************************************
Selesai mukadimah mengenai PTPTN ini, masuk kepada isi utama entri kali ini iaitu siapa, bila, bagaimana dan di mana nak bayar balik pinjaman PTPTN ini.. Setiap penuntut IPT yang merupakan peminjam PTPTN hendaklah membayar balik keseluruhan jumlah pinjaman yang diterima semasa pengajian. Bagi peminjam PTPTN yang berjaya menamatkan pengajiannya, bayaran balik boleh dibuat secara ansuran sebanyak RM125 bulanan. Bagi pelajar yang menarik diri atau gagal dalam pengajian (dismissed), surat tersebut akan dikeluarkan dan dihantar kepada palajar berkenaan dengan serta-merta (bayaran sekaligus dikenakan).


Surat tuntutan bayaran balik pinjaman akan dihantar  kepada pelajar dalam tempoh enam bulan selepas mereka menamatkan pengajian. Sekiranya pelajar telah bertukar alamat atau tidak menerima sebarang surat tuntutan tersebut, boleh menghubungi Unit Penguatkuasan dan Kutipan Balik, Bahagian Bahasiswa (03-8870 6359/ 6360/ 6356/ 6379) atau mengemaskini alamat surat-menyurat dengan melengkapkan borang kemas kini alamat dan emel kepada enforcement@mohe.gov.my. Sehubungan itu, pelajar adalah bertanggungjawab mengemaskini alamat surat-menyurat pada semester akhir pengajian untuk memudahkan urusan penghantaran surat-menyurat dibuat.


Menurut info portal rasmi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan sumber berkaitan, bayaran balik PTPTN boleh dibuat menerusi:
1) Kaunter Bahagian Biasiswa KPT (Putrajaya)
    - Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
2) Bank Islam (Kaunter BIMB/ Perbankan Internet/ Mesin ATM)
   - contoh slip: http://www.mohe.gov.my/portal/images/penajaan/doc/contoh_bayaran_kaunter_bimb.pdf
   - caj perkhidmatan RM0.50
3) Pejabat Pos (Kaunter Pejabat Pos/ Pos-Online/ Wang Pos/Kiriman Wang
   - contoh slip: http://www.mohe.gov.my/portal/images/penajaan/doc/contoh_bayaran_pos_akaun39.pdf
   - caj perkhidmatan RM1.70
4) Bank Draft/ Cek (cek persendirian tidak diterima)
5) Arahan Tetap kepada Bank (Bank Instruction)
6) Arahan Potongan Gaji
7) FPX (CIMB, MAYBANK, RHB BANK, PUBLIC BANK & HONG LEONG BANK)
8) CIMB Bank (CIMB Clicks/ CIMB Shoppe)
9) Pejabat PTPTN, rujuk laman sesawang untuk setiap cawangan http://www.ptptn.gov.my/web/guest/cawangan

Pejabat PTPTN Cawangan UTC Kuala Lumpur
Waktu Operasi
Lot T3-9, Tingkat 3, UTC Pudu Sentral
Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur

No. Tel : 03 - 2026 2192 / 03 – 2026 2193
Isnin - Jumaat
8.30 pagi - 10.00 malam
(Waktu Rehat Jumaat : 12.15 t/h - 2.45 pm)

Sabtu - Ahad
8.30 pagi - 5.00 petang
* UTC, PUDU SENTRAL berdekatan stesen LRT Plaza Rakyat, dibuka 7 hari
seminggu dan tidak dikenakan caj perkhidmatan

Walaubagaimanapun, penangguhan bayaran balik PTPTN adalah dibenarkan sekiranya pelajar menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi secara sepenuh masa. Dokumen sokongan yang diperlukan untuk tujuan kelulusan adalah:-
1) Salinan kad matrik yang disahkan
2) Salinan surat tawaran daripada IPT yang disahkan
3) Pengesahan dari pusat pengajian tinggi (pelajar yang sedang menuntut)
- Peminjam dibenarkan membuat penangguhan bayaran balik sepanjang tempoh pengajian dengan syarat membayar ansuran bulanan pertama sebanyak RM125

Akhir sekali, Surat Pelepasan Hutang (SPH) akan dikeluarkan selepas keseluruhan bayaran balik PTPTN dijelaskan. SPH ini akan dikeluarkan selepas pembayaran dilakukan di kaunter PTPTN secara tunai atau bankdraf. Bagi pembayaran bukan tunai (cek/ kiriman wang/ etc), SPH akan dikeluarkan selepas cek berkenaan dijelaskan. Bagi pembayaran melalui online atau agen, SPH akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas bayaran diterima oleh PTPTN.

Saturday, February 23, 2013

Kat mana nak guna rebat smartphone RM200

Entri kali ni adalah kepada sesiapa golongan yang masih mencari-cari di mana nak menggunakan rebat sebanyak RM200 ni. Sebelum ni, aq pon mencari-cari gak kat mana nak guna rebat ni. Tajuk yang aq tulis ni pon diillhamkan dari aq sendiri tyme nak google cari tempat yang boleh guna rebat ni. Yela, cari2 kat tempat yang direkomenkan mcm kat skmm tu semua da abis stok. Sekarang aq da jumpa dan da guna pon smartphone baru aq.hehe.. So, aq juz nak share je la.

Sebenarnya, memang banyak tempat da abis stok dan tengah tunggu untuk re-stock balik jadi sementara tu memang kene ambik masa untuk beli. Sekarang ni aq nak cerita tentang experience aq beli smartphone guna rebat RM200 tu. Aq da lame da usha kat Senheng sebab aq nak beli fon Xperia (U Mobile punye la). Aq tgk kt laman web dulu survey address branch & harga fon tu.. Kire dekat ngan rumah aq (bley jalan kaki kalau yang duduk sekitar Bandar Sri Permaisuri, berhampiran LRT Salak Selatan) & harga fon tu aq mampu beli. So, lepas kerja dalam 7ptg aq g la naik teksi dari lrt (bukan ape, da rintik2, malas jalan kaki time hujan2). Tambang teksi maximum pon 5rm je. Aq kene rm4.90 sbb tggu kt dpn lmpu isyarat tu lame sangat. haha..

Aq sampai2 je aq terus cakap aq nak beli smartphone yang guna rebat RM200 tu. Smartphone tu x byk sgt (tyme tu lepas Chinese New Year, Senheng ngah tggu stok baru). Ade kat tepi kaunter tempat bayar tu je. Aq pon belek-belek & try la smartphone yang aq berkenan. Sambil tu, tengok citer movie best kt tv Senheng tu. TV dy besar2 + audio dy ok.. leka da aq tengok.hehe.. Aq berkenan kat Xperia Ion tu. Kat situ harga dy display RM1499. so, pas tolak rebat, tinggal la RM1299.. Fon tu tggal display je org tu cakap kalau nak kne tggu bulan 3 nanti.. tp da aq ade kat situ ngan duit kat purse aq, aq beli fon tu  tyme tu gak la. Display tu pon baru n ok je aq tengok. Siap ade fee gift lg.. Untuk Xperia Ion, free gift dy screen protector worth 42rm, casing dy, power supply dy, warranty dy 1+3 (ni kne byr 99rm sendiri), headfon bluetooth (yang ni untuk yang bayar guna credit card la)..

Tapi, sebelum tu, kene daftar kad member dulu, kalau tak, tak boleh..sebab orang tu nak kne tebus rebat gune nama yang dah didaftarkan kat Senheng. kad PlusMember warna hijau tu harganya RM12. Pastu bagi ic je. tak perlu nak print out yg email skmm tu. Pekerja kat situ pasangkan sume skrin protector & free gift yang lain tu kat situ gak. Bayaran semua sekali: Harga fon + warranty extra 3yrs + kad member dy.. Da bayar, boleh la ambik smartphone baru gn kad member tu. Untuk smartphone yang guna mikro sim yang Xperia Ion tu, diorang tak pasang la..sebab kne potong dulu simkad tu. Yang tu boleh potong kat kedai telefon yang ade alat khas untuk potong mikro sim (caj lebey kurang 5rm) tak pon cam kes aq boleh la g mana2 Sony centre (free).

Sunday, January 20, 2013

Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Skim Amanah Saham Bumiputera atau lebih dikenali umum sebagai ASB merupakan satu skim pelaburan dengan pulangan jangka panjang dan dividen tahunan kepada pelabur. Sebelum kita pergi jauh kepada Skim Amanah Saham Bumiputera, mari kita lihat maksud tabung unit amanah. Tabung unit amanah adalah satu skim pelaburan yang mengumpulkan wang daripada pelabur-pelabur ke dalam tabung khas yang diuruskan oleh pengurus pelaburan profesional. Satu perjanjian dibuat di antara pemegang amanah (penjaga aset tabung unit amanah), pengurus (syarikat yang mengurus tabung unit amanah) dan pemegang unit (pelabur dalam skim pelaburan). Unit amanah ditubuhkan dengan termeterainya satu surat ikatan. Tabung unit amanah tersebut akan melabur dalam ekuiti, sekuriti berpendapatan tetap dan aset-aset lain yang dibenarkan. Dengan pertumbuhan modal yng dijana, pengagihan pendapatan akan diagihkan semula kepada pemegang unit. 

Adakah ia berisiko untuk melabur dalam unit amanah ini? Secara amnya, setiap instrument pelaburan termasuk pelaburan dalam unit amanah adalah berisiko tetapi tahap risiko lebih rendah berbanding beberapa jenis pelaburan yang lain. Antara risiko am adalah risiko pengurusan tabung dalam pemilihan saham yang memberi risiko turun naik yang berbeza, risiko kecairan disebabkan tabung unit amanah yang melabur dalam pasaran bon di Malaysia (tidak secair pasaran saham) menyebabkan tidak mudah menjual dan membeli bon pada harga pasaran, risiko inflasi pada jangka masa panjang yang menyebabkan ketidakpastian terhadap nilai hadapan sesuatu pelaburan dan risiko pembiayaan pinjaman apabila menggunakan wang sendiri, pelabur perlu mengeluarkan lebih wang untuk menampung margin pinjaman sekiranya pasaran saham mencatatkan penurunan ataupun kadar faedah (interest) meningkat. Dalam risiko pelaburan, pelabur adalah terdedah kepada risiko pasaran modal yang turun-naik. Pasaran modal ini dipengaruhi oleh faktor pertumbuhan ekonomi, pergerakan kadar faedah dan lain-lain.   

Perbandingan risiko antara instrumen pelaburan (susunan daripada tahap risiko tinggi kepda lebih rendah):
Jenis Pelaburan                   Tahap Risiko        Jangkaan Pulangan
1 Produk Derivatif Kewangan                 Tinggi                        Tinggi
2 Pelaburan dalam saham
3 Hartanah
4 Unit amanah
5 Deposit tetap
6 Tunai                                                Rendah                     Rendah










Entri kali ini membincangkan apa itu ASB yang dikatakan dapat membantu kaum bumiputera dalam menjana kewangan masing-masing. Sehingga hari ini, skim ini telah ditawarkan oleh beberapa bank tempatan seperti Maybank, CIMB bank, RHB bank dan Affin bank. Skim ini sebenarnya merupakan salah satu skim selain daripada beberapa skim berbentuk pinjaman yang memberi pulangan dalam jangka masa panjang dan khs untuk kaum bumiputera sahaja. Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) ini dilancarkan sejak 2 Januari 1990 dengan objektif iaitu untuk menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten kepada pemegan-pemeggang unit di samping memastikan pengekalan modal pada tahap toleransi risiko yang minimum. Syarat kelayakan bagi pelabur untuk melabur di skim ASB ini adalah warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas. 

Bentuk pelaburan merangkumi 2 jenis iaitu buku pelaburan dan jenis sijil. Pembiayaan dalam skim pelaburan adalah melalui online, potongan gaji, kaunter asb dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut dalam perbandingan antara bank, sila layari http://www.asnb.com.my/ebanking.htm

Ringkasan faedah ASB dalam melabur dalam ASB:
  1. sabagai wang simpanan dengan pulangan dividen lebih kurang 8.9% (berbanding simpanan di bank iaitu dalam lingkungan 3% dividen)
  2. satu pelaburan yang bijak untuk jangka masa panjang
  3. pelabur boleh menjual balik sebahagian atau semua unit amanah pada bila-bila masa.

http://asbcimbloan.blogspot.sg/2012/08/peluang-memenangi-rm10000-melalui-asb.html

ASB financing External Campaign 1st August 2012- 31st march 2013..

Grand prizes : RM100,000 cash + Umrah package worth RM30,000 or travel voucher of equivalent value.
Second prizes : RM25,000 + Umrah Pacakage worth RM25,000 or travel voucher of equivalent value
Third prizes : RM10,000 cash + Umrah Package worth RM15,000 or travel voucher of equivalent value
Fourth prizes : Umrah package worth RM10,000 or travel voucher of equivalent value
Fofth prizes : Umrah package worth RM8,000 or travel voucher of equivalent value
monthly prizes : RM1,000 X 25 winners.

to qualifiy for the grand prizes, minimum loan of RM100,000 is required
to qualify for all other prizes, minimum loan of RM50,000 is applicable.
monthly winner will be announced at the end of following month. monthly winners are also eligible for the campaign prizes..

FREE CABIN CRUISER BAG UPON LOAN DISBURSEMENT
- the free gift will be given to ASB Financing application submitted from 1st August until 31st March. Cases submitted must be disbursed from 1st August 2012 to 15th April 2013..
- free gift will be given to the first 5000 application disbursed with loan above RM50,000 only..
- the free gift will be couriered within 7-8 weeks from the date disbursed.

Smartphone rebat RM200 kepada golongan belia Malaysia

Pada awal tahun 2013, kerajaan telah menawarkan rebat sebanyak RM200 kepada golongan remaja berumur antara 21 sehingga 30 baik masih belajar mahupun yang telah bekerja (pendapatan bulanan kurang daripada RM3000) untuk membeli telefon pintar atau lebih dikenali umum sebagai smartphones. Hal ini selari dengan objektif kerajaan dalam melahirkan lebih ramai golongan belia yang menggunakan gadjet berteknologi tinggi seperti smartphones. Melalui Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) dibawah satu projek kerajaan Malaysia iaitu Pakej Komunikasi Belia menerusi SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malayia) atau dikenali juga sebagai MCMC (Malaysian Communications and Multimedia Commission), kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM300 juta dan dijangka dapat memanfaatkan sejumlah 1.5 juta golongan belia di Malaysia .Sehubungan itu, individu yng layak bolehlah mendaftar untuk rebat RM200 ini secara online, daripada 1 Januari 13 sehingga 31 Disember 2013.

www.nbi.skmm.gov.my



www.Komunikasibelia.skmm .gov .my  NBI SKMM : Nbi.Skmm.gov.my. Pendaftaran Rebat!

Syarat Kelayakan Permohonan Pendaftaran Pakej Komunikasi Belia (Rebat RM200) di NBI SKMM:

  1. Pemohon berumur di antara 21-30 tahun
  2. Berpendapatan kasar bulanan RM 3000 dan ke bawah
  3. Sekiranya belum melanggan mana-mana pakej jalur lebar daripada penyedia perkhidmatan, dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat
  4. Satu telefon hanya untuk satu belia sahaja
Sebelum ini, kerajaan telah menetapkan pembelian telefon pintar ini dengan harga tidak melebihi RM500 untuk tujuan memberi keutamaan kepada golongan yang kurang berkemampuan seperti di luar bandar untuk membeli smartphones. Syarat pembelian telefon pintar ini kemudiannya ditukar kepada pembelian smartphones mengikut kemampuan pengguna atas permintaan ramai. Penyedia perkhidmatan yang terlibat bagi NBI SKMM ialah Maxis Berhad, Celcom Axiata Berhad, DiGi Telecommunications Sdn Bhd, U Mobile, YTL Communications, Tune Talk dan Clixster. Memandangkan konsep "siapa cepat dia dapat" digunapakai dalam tawaran rebat RM200 ini, bilangan pendaftar di NBI SKMM semakin meningkat dan terus meningkat dan menyababkan line untuk masuk di laman sesawang tersebut menjadi sibuk. Justeru, adalah disarankan untuk mendaftar pada masa yang sesuai. 

U Mobile introduces rebates under Youth Communication Package
Senarai smartphones di bawah agen perkhidmatan U Mobile
Proses Pendaftaran di bawah agen perkhidmatan U Mobile melalui NBI SKMM:
1. daftar di http://nbi.skmm.gov.my & print slip
(1 bulan tempoh luput, sekiranya tidak digunakan dibenarkan mendaftar semula)
2. pergi di mana-mana U Mobile store/kiosk dengan membawa salinan MyKad dan salinan kad pelajar (sekiranya pelajar) *serta duit beli smartphone :)

U Moblie Store: (for more info on other places/state, visit http://www.u.com.my/service-centres)

G17, Ground Floor, East Wing
Berjaya Times Square
No 1 , Jalan Imbi
55100, Kuala Lumpur
Operating Hours : 10:00AM – 10:00PM (Monday – Sunday)

G11, AEON AU2 Shopping Centre,
No6, Jalan Taman Setia Wangsa
AU2, Bandar Baru Ampang
Mukim Ulu Kelang
54200 Kuala Lumpur 
Operating Hours : 10:00AM – 10:30PM (Monday – Sunday)

Lot T-216B, Third Floor, The Gardens and S-084, Second Floor, 
Mid Valley Megamall,
Lingkaran Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur.
Operating hours: 10AM – 10PM

Lot F1.26, 1st Floor, Sunway Pyramid
No 3, Jalan PJS 11/15
Bandar Sunway
46150 Petaling Jaya, Selangor
Operating Hours : 10:00AM – 10:00PM (Monday – Sunday)




Senarai smartphones di bawah agen perkhidmatan Celcom Anxiata


BlackBerry® Bold 990
No 101, Jalan 2/3A Pusat Bandar Utama
68100, Selayang, Selangor

Sunday, December 4, 2011

Shit!! Kereta aku accident??

Urm..pernah tak korang ada experience kereta korang kene langgar?? Saudara ke member ke..?? Kalau pernah apa je yang korang buat?? Mintak ganti rugi? On the road claim? Insurans claim? Tak pun gaduh-gaduh kat tengah jalan? Haa.. ni la tajuk aku malam ni. Bukan apa..pagi tadi aku keluar la jalan-jalan dengan housemate aku, Kak Ani nama dia.. Kitorang keluar naik kereta Proton Saga FL dia..baru lagi kowt.. 

Nak dijadikan cerita jalan jam. So, sebab jalan raya tengah di'upgrade'kan dan hanya satu 'lane' dibuka, bermulalah aktiviti "berebut jalan yang satu ni" dijalankan..hahaha.. Ada la satu lori trailler Freight Mark "BKQ XXXX" ni dah buat dua-dua pintu kereta yang kitorang naik ni calar teruk kot.. nak kene ketuk, polish lagi ni.. mahu 200-300rm gak kene ni... 

Haa..kalau korang kene macam ni, jangan la cepat mengamuk gaduh-gaduh kat situ tak tentu pasal lak.. 'Settle' la kat tepi jalan at least takde la menambahkan keadaan jam tu.. Jangan lupa ambik no plat kenderaan yang langgar tu serta model kederaan tu. Kan senang kalau kes langgar lari pun still boleh report kat polis.. Tak payah nak kol orang lain suruh 'settle'kan..makan masa lagi betul tak? 

**********************************************************************************
Tapi nak report kat mana? Kat balai polis biasa ke? Pun boleh jugak..tapi aku 'rekemen'kan pergi la report kat Ibu Pejabat Polis Selangor, Shah Alam..(tapi tu bagi area Selangor la.. negeri-negeri lain aku tak tahu sangat..) Bukan apa.. kat ibu pejabat polis ni ada khas untuk bahagian trafik. pergi je terus ke bangunan IPD Shah Alam dan isi borang..pastu baru ambik nombor gilirandan tunggu untuk dipanggil..hehe.. lepas buat aduan pegawai yang bertugas akan mengambil gambar kesan-kesan yang kena langgar tu. So, kalau nak buat aduan bawak la kereta yang kena langgar tu jangan la tinggalkan kat rumah lak tak kira la malu nak bawak kereta 'accident' ke..apa ke..tapi kalau dah K.O. tak payah la bawak.

Bangunan IPD Shah Alam..tetiba lak ade kereta polis..
x pe la buat tambah seri..huhu..

**********************************************************************************
Next question.. macam mana nak claim ganti rugi part kereta yang dah kene langgar? Kalau diberi pilihan untuk on the road claim dengan insurans claim..lebih baik ambil insurans claim.. Dan LEBIH BAIK kalau guna insurans orang yang langgar kita tu..sebab dia yang bersalah.. haha.. tapi....apa tu insurans claim? Insurans claim tu insurans kereta yang kita bayar semasa payment kereta tu.. ala..yang kita bayar sebelum road tax tu.. (sebenarnya aq pun x tau sebab x penah beli kereta). So.. kereta kita tu mesti la ada polisi insurans dan dokumen tu la yang diperlukan nanti. so, simpan bebaik tau. Dan lagi satu cuma part2 kereta je yang boleh claim bukan enjin kereta.. On the road claim lak ape dia?? Tu ialah claim terus bawak pergi 'workshop' untuk dibaiki.. mungkin tu lebih cepat tapi....risiko la bagi yang golongan yang tak berapa nak berada ni.. Kenapa?? Haa.. kalau accident lagi sebelum proses claim selesai, kene la bayar cash sendiri.. tapi boleh je claim balik cuma makan masa la kowt. 

Thursday, December 1, 2011

"I Prefer Natural Way in My Life"

Tajuk ni agak menimbulkan tanda tanya kan?? Tajuk ni aq dapat ilham dari satu forum berkenaan soal  nak gemuk; http://mforum2.cari.com.my/archiver/?tid-396689.html. Apa sebenarnya yang aq nak kongsikan adalah macam mana nak gemuk (berisi). Kalau ramai insan2 bersaiz XXL/ XXXL nak kurus..ramai juga si kurus yang impikan saiz yang ideal.. ye la..nampak keping jer, sapa nak..
Aq bukan apa..aq pun salah satu daripada si kurus yang nak gemuk (berisi).. Aq ni dah la 154cm tinggi tapi.. berat aq cuma 35kg..umo lak da 20 tahun. Aq terbaca la post dari sorang hamba Allah ni.. dia cakap...

"Ini pengalaman aku.Ketinggian aku 178cm dan berat badan area 50-52 kg.Itu time 10 tahun yang lepas,masa zaman nak amik SPM.6 tahun yg lepas,aku start amalkan pemakanan yang seimbang.Aku terbaca artikel yg org kurus ni metabolisme dia tinggi sngt.So apa yg kita kena buat adalah makan diet yg seimbang mcm banyakkan makan sayur hijau,protien yg mencukupi dan YANG PALING PENTING...ialah BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG.Sekurang2 nya 2 liter sehari.

Dengan jumlah air kosong tu,metabolisme badan kita akan balance dan apa yg kita makan tu akan mendapat manfaat secukupnya oleh badan.Kalau tak minum air kosong yg cukup,tu sbb agen pembakar dalam badan tu terlalu kuat and apa yg you all makan pun abih dibakornya.;P Tak sempat nak serap segala nutrien.jadi hasilnya berat badan aku skrng dah 65 kg.Paling tinggi pun penah cecaah 68kg.Ambil vitamin B-Complex utk mereka yg baru nak naikkan berat badan.Bila dh smpi tahap yg u all nak,baru stop sbb utk jangka masa panjang,vitamin tidak digalakkan.
Haa,lagi satu make sure tidur mesti cukup,7-8 jam sehari.Makan sayuran hijau,minum jus buah2an,minum air kosong at least 2 liter sehari,Vitamin B-Complex dan juga senaman.Kalau korang follow simple step ni,mesti badan naik...baru la nampak bontot sket..kot tak pakai suar apa pun hampeh rupanya.:lol: ;P 

Sekian tips dari aku."

So..sesiapa yang berminat, boleh la amalkan. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu alasan. Aq nasihat termasuklah diri aq sendiri..(walaupun aq sendiri tak berapa suka minum air kosong ngan susu..) 

Vitamin B-Complex tu apa plak?? Haa..aq ade la wat search sket (aq tolong translate je dari http://www.evitamins.com/encyclopedia/assets/nutritional-supplement/vitamin-b-complex/~default. hehe..). Vitamin B-Complex tu merujuk kepada semua jenis vitamin yang larut dengan air kecuali vitamin C. Termasuklah vitamin B1, B2, B3, B5, B6, biotin, folic acid dan B12.  Setiap jenis B-Compleks ni mempunyai struktur dan fungsi masing2 ke atas badan manusia. Vitamin B1, B2, B3 dan biotin ni berfungsi sebagai memberi tenaga manakala B6 untuk metabolisme asid amino. Vitamin B12 dan folic acid lak memberi apa yang diperlukan dalam pembahagian sel2. Dengan kata lain ianya adalah 8 kombinasi vitamin penting yang diperlukan dalam badan kita di samping untuk mengawalaturkadar metabolisme dan meningkatkan tenaga.

Vitamin B Complex 
Ni vitamin B-Complex yang aq copy paste dari laman sesawang di atas.
Nak tahu lebih lanjut? Sila la layari laman web tersebut.. Follow tau..sebab banyak lagi info kat situ.

Persoalan kedua.. kat mane lak nak dapatkan vitamin B-Complex ni?? Dalam http://healthy.babykawaiistore.com/category/vitamin-b-complex/, ada ditunjukkan sedikit sebanyak tentang vitamin ni..dan kalau berminat...
"Berminat?
Sila emailkan kepada hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Kami juga menyediakan pek mini kepada mereka yang mempunyai kekangan kewangan untuk membeli vitamin yang disertaikan penghantaran & hadiah percuma.
Walau bagaimanapun semua tawaran dan pek mini ini hanya boleh di dapati secara esklusif dari saya dan jaringan saya iaitu Euphoria GBS. Ia TIDAK di tawarkan/ di jual / di sediakan oleh mana-mana cawangan Shaklee di Malaysia. Sebarang penolakan dari Shaklee (M) tidak menjadi tanggungjawab kami. Harap Maklum."

Nature Made Super B ComplexVitamin B-Complex (contoh je)

Friday, November 25, 2011

"Cukuplah Sekadar Aku Mencintai Dalam Diam"

Dalam waktu petang yang tenang ni sengaja aq merehatkan diri sambil ber''facebook''.. Sesekali aq bukak profile member2 aq..sekali aq terpandang gambar seseorang. Aq akui aq rindukan dy biarpun aq ni bukan sesape pun yang istimewa bagi dy.. Cukuplah aq setakat teman dan biarlah aq sekadar mencintai dalam diam.. Semoga kau bahagia walau dengan siape pun di sisimu.

Sebut je pasal mencintai dalam diam ni..aq rase nak sangat share kata2 hikmah ni.. Bagi aq, ayat2 ni buat jiwa aq rase terisi lepas aq bace..

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya..
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH 
Kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata 
Maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & 
Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,

namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & 
Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??

".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & 
Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya

"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)